Sejenak bersama Cikgu Siken meneroka alam semesta....

Jom bersama Cikgu Siken meneroka alam semesta.....

Friday 25 November 2011

Seketika Mengenai Bumi

Sebiji bola batuan yang menakjubkan, dengan ukuran diameter 12,756km terletak 149.6 juta kilometer dari Matahari dan berputar mengelilinginya setiap 365.25 hari pada kelajuan hampir 30km/s. Bola ini ialah planet batuan paling besar. Ia mengandungi oksigen dalam atmosferanya, suhu purata 15 darjah Celcius dan air di permukaannya. Ia merupakan dunia dinamik yang penuh dengan kehidupan. Ciri uniknya ialah kerak iaitu lapisan batuan yang meliputi Bumi. Ia merupakan satu-satunya planet yang memiliki kerak yang terbahagi kepada bahagian yang bergerak, atau plat, yang berlanggar atau berpisah lalu mengubah rupa permukaan. Selamat datang ke planet Bumi tempat tinggal kita, bersama temannya Bulan yang tidak berpenghuni dengan saiz satu per empat daripada saiz Bumi.