Sejenak bersama Cikgu Siken meneroka alam semesta....

Jom bersama Cikgu Siken meneroka alam semesta.....

Wednesday 19 October 2011

INFO TERKINI TENTANG PLANET PLUTO

Sejak penemuannya pada tahun 1930 hingga tahun 2006, Pluto dianggap sebagai planet kesembilan dalam Sistem Solar. Namun di penghujung abad ke-20 dan awal abad ke-21, banyak objek serupa Pluto ditemui di bahagian Sistem Solar yang jauh, terutama sekali Eris (dulu dikenali sebagai 2003 UB313), yang lebih besar dari Pluto. Pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) secara rasminya menuruntarafkan Pluto daripada sebuah Planet menjadi sebuah planet kerdil.

Dahulu planet Pluto termasuk dalam senarai 9 buah planet dalam Sistem Suria. Tetapi sekarang ianya telah diturun taraf menjadi planet kerdil..Jadi sekarang planet dalam Sistem Suria ada 8 sahaja.

Sila lawat pautan Pusat Maklumat Rakyat....

Monday 17 October 2011

The Solar System Song

Apakah yang ada dalam Sistem Suria?

Ahli-ahli Sistem Suria terdiri daripada :
1. Matahari
2. Planet-planet
3. Satelit semulajadi
4. Komet
5. Asteroid

Kesemua ahli ini bergerak mengelilingi Matahari dalam orbit yang berbentuk eclips..

Apa itu Sistem Suria?

adik-adik pernah dengar istilah sistem suria? dalam blog ini adik-adik akan tau apa itu sistem suria.. jadi bersedialah untuk mengikuti cikgu menjelajah angkasa lepas...
mari, mari, mari.....